Home Artikel PAS Selangor

PAS jamin hak rakyat pelbagai kaum terpelihara

234
SHARE

PAS jamin hak rakyat pelbagai kaum terpelihara

Oleh : Wan Noor Aziezan Baharuddin

BANGI: PAS merupakan sebuah parti yang tidak pernah membuat sebarang diskriminasi terhadap mana-mana kaum di negara ini, demikian dinyatakan Yang DiPertua PAS Kawasan Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Neger Selangor menyatakan demikian semasa hadir dalam Majlis Perpaduan 2019 di Balai Raya West County, di sini kelmarin.

Menurut beliau, setiap bangsa dan kaum di dalam negara ini perlu saling menghormati dan memahami antara satu sama lain sama ada dari segi anutan agama atau amalan budaya bangsa yang terdapat di Malaysia tercinta ini

Katanya dalam majlis mengumpulkan kaum India itu, PAS juga merupakan parti yang menghormati dan tidak mengkhianati Perlembagaan Negara termasuk dalam perkara berkaitan kepelbagaian kaum.

“Setiap bangsa dan agama di negara ini mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing berpandukan Perlembagaan Negara,” ujar beliau dalam menyatakan jaminan PAS terhadap hak tersebut.

Majlis anjuran PAS Kawasan Bangi, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan PAS Cawangan Taman Langat ini juga telah menyampaikan pemberian sumbangan kepada masyarakat kaum India yang hadir.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Muslimat PAS Bangi, Hamsatul Hamzah dan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi, Manickam Ponna Raman.