Home Berita PAS Kedah

Pasca tragedi ‘kepala air’ : Jabatan Amal jadi harapan masyarakat

26
SHARE

JERAI, 26 Sept – Operasi baik pulih bekalan air bersih penduduk yang terjejas akibat fenomena kepala air yang melanda Gunung Jerai 19 Ogos lalu diteruskan oleh Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Kedah, semalam.

Operasi ini melibatkan pemasangan paip dan sangkar batu seberat 10 tan di sumber bekalan air yang digunakan oleh 150 buah rumah di dua buah kampung iaitu Kampung Melayu dan Kampung Ruat.

Petugas Jabatan Amal, Muhammad Hafiz Pizull Azhar berkata “Operasi ini bermula dengan membawa sangkar batu naik ke kaki bukit yang licin dan bercuram. Kemudian, sangkar yang bersaiz 1m x 1m x 2m ini pun dipasang lengkap dan diletakkan di posisi yang betul.”

“Sejurus itu, petugas Jabatan Amal mengisi sangkar batu ini dengan batu-batu sungai yang terdapat di sekitar kaki bukit tersebut. Satu sangkar boleh memuatkan batu seberat 2 tan, menjadikan jumlah berat bagi 5 sangkar adalah 10 tan.”

Pembelian peralatan dan paip bagi membaik pulih bekalan air penduduk sepanjang operasi ini disumbangkan oleh YB Ustaz Sabri Azit Ahli Parlimen Jerai, PKWR Jeneri, dan NGO Darul Aman Care.
Sumber : Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah