Home Berita PAS Perlis

Program Cuci Motor Percuma dapat sambutan menggalakkan

82
SHARE

Oleh AMIRUL SYAKIRIN

KANGAR, 27 Sept: Program Cuci Motor Percuma yang berlangsung pada Sabtu lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Tinjauan Berita PAS di Hakim Carwash mendapati, seramai 20 orang pemilik motosikal telah terpilih menyertai program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar (DPPKK) itu.

Menurut Timbalan 2 ARC Perlis Mohd. Azizi Syam Samsudin, mereka merupakan antara peserta terawal yang telah mendaftar untuk program tersebut.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap program ini amat baik namun memandangkan penyertaan adalah terhad, hanya 20 orang pemilik motosikal terawal mendaftar sahaja yang berpeluang mendapat perkhidmatan mencuci motosikal secara percuma kali ini.

“Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada pemilik Hakim Carwash yang menjadi lokasi program ini,” katanya ketika ditemui di sini.