Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 362 kes positif baharu hari ini

66
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 26 Sept: Sebanyak 362 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 362 kes positif baharu itu, 355 kes adalah daripada kategori kes tempatan, empat kes daripada kategori kes import B dan tiga kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 278 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 66 kes di Daerah Jasin dan 18 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 357 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 5943 kes masih dirawat, meningkat berbanding 5942 kes semalam dengan 39 kes adalah daripada kes ICU dan 20 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kes kematian

Sebanyak empat kes kematian baharu direkodkan hari ini namun tiada perincian disertakan dalam laporan tersebut.

Laporan kluster 

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 13,104 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 13,899 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,198,235 kes.

Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2943 kes, diikuti oleh Selangor dengan 1558 kes, Johor (1455), Kelantan (1206), Sabah (1078), Perak (994), Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Kuala Lumpur (270), Negeri Sembilan (165), Perlis (80) Putrajaya (24), dan Labuan empat kes.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.