Home Berita PAS Kedah

Pasca Tragedi “Kepala Air” : 26 orang masuk PAS dan Jabatan Amal

70
SHARE

YAN, 16 Sept – Selepas tragedi “Kepala Air” di Gunung Jerai yang berlaku 18 Ogos lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) hari ini menerima seramai 26 permohonan baharu keahlian PAS dan anggota Jabatan Amal.

“Meskipun ‘landscape‘ di kaki Gunung Jerai ini telah berubah, ‘landscape‘ politik juga turut mengikut rentak dengan keahlian baru hari ini.

“Kami daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ingin menzahirkan rasa syukur dengan kemasukan ahli yang baru ini, ujar Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan DPPNK, Saifuddin Hassan berkata, ketika ditemu-bual.

Keahlian ini diterima melalui Program Penyerahan Keahlian PAS di Pondok Ad-Diniah Al-Sufiah yang berlangsung pada jam 3.30 petang tadi yang turut disertai oleh Mudir Pondok Ad-Diniah Al-Sufiah, Ustaz Yusuf Marzuki serta Mudir Pondok Dulang Besar, Ustaz Zainuddin bin Zainal.

Turut hadir ke program adalah Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah, Shaiful Syazwan Shafie, Pengarah Pilihanraya DPPNK, Ku Abdul Muhyi Ku Abdul Hamid serta Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai, Ustaz Azhar Yusuf.