Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 269 kes positif baharu

67
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 16 Sept: Sebanyak 269 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut jabatan itu, daripada 269 kes positif baharu tersebut, 265 kes adalah daripada kategori kes tempatan, empat kes daripada kategori kes import B dan tiada kes daripada kategori kes import A dan kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 206 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 37 kes di Daerah Jasin dan 26 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 361 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 6908 kes masih dirawat dengan 69 kes adalah daripada kes ICU dan 30 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Kes kematian baharu

Menurut jabatan itu, sebanyak empat kes kematian baharu direkodkan hari ini di mana tiga daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan seorang wanita berumur 39 tahun dan dua lelaki berumur 43 dan 62 tahun.

Satu kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah melibatkan seorang wanita berumur 76 tahun.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sehingga jam 12:00 tengah hari tadi sebanyak 18,815 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,049,750 kes.

Sebanyak 21 kluster baharu direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif ialah sebanyak 1,406 kluster.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 September untuk seluruh negara adalah 0.98.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 3799 kes diikuti oleh Selangor dengan 2604 kes.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.