Home Berita PAS Kedah

Pasca banjir Selangor : Misi pemasangan paip di Hulu Langat

203
SHARE

HULU LANGAT, 3 Jan – PAS Negeri Kedah dan PAS Negeri Selangor bekerjasama dalam menganjurkan misi pemasangan 14 gelung paip air di Kampung Orang Asli di Paya Lebar, dekat sini, baru-baru ini.

Pemasangan paip ini memberi manfaat penggunaan air kepada 73 keluarga iaitu sekitar 300 orang penduduk kampung.

Seorang penduduk Kampung Orang Asli, En Hamat Song mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha bertungkus lumus yang diberikan oleh sukarelawan.

“Jutaan terima kasih kepada MB Kedah dan semua pihak hadir,

“Kalian sudi datang ke kampung kami dan menyelesaikan masalah air setelah banjir tempoh hari”, ujarnya.

Lebih 300 anggota sukarelawan yang bertungkus-lumus membawa 14 batang gelung paip, bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Antara kepimpinan tertinggi yang turut hadir bagi misi kali ini adalah Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Hj Muhammad Sanusi Md Nor, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Tuan Haji Mohd Syafie Ngah serta kepimpinan PAS Negeri Kedah dan Negeri Selangor.