Home Artikel PAS Johor

PAS-Umno Iskandar Puteri Terus Menggarap Perpaduan Ummah

319 views
SHARE

PAS – Umno Iskandar Puteri Terus Menggarap Perpaduan Ummah

Oleh: Nik Nor Nadhirah

Balai Raya Lima Kedai, 30 April 2019:
Perjumpaan diantara PAS Kawasan Iskandar Puteri dengan UMNO Bahagian Iskandar Puteri di sini untuk sesi suai kenal.

Dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Iskandar Puteri Ustaz Sallehuddin Dahiran dan ahli jawatankuasa serta UMNO Bahagian Iskandar Puteri diketuai oleh Hj Khairi Malik selaku Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Pertemuan ini julung kali diadakan oleh di Iskandar Puteri bagi memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Ustaz Sallehuddin Dahiran dalam ucapan beliau menegaskan bahawa perpaduan ini adalah untuk Islam dan Melayu yang semakin terancam kedudukannya.

Malah, Hj Khairi Abd Malik turut bersetuju bahawa sudah tiba masa nya kita memperkuat parti pembangkang untuk terus menjaga kedudukan Islam,Melayu dan raja-raja Melayu.

Beberapa siri pertemuan bakal diadakan di masa akan datang dan diperhebatkan lagi dengan program-program yang bermanfaat kepada rakyat..