Home Kenyataan Media PAS Kedah

Himpunan Rakyat Manifestasi Keresahan Umat Islam

150 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS KEDAH

1. PAS Kedah bersetuju dan akur serta menyambut baik arahan Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan Negara yang dikeluarkan oleh PAS semalam.

2. Himpunan berkenaan merupakan manifestasi keresahan rakyat mengenai isu-isu penting yang menyentuh secara langsung tentang peruntukan Islam adalah agama rasmi dan tidak sesekali dapat disetarakan dengan agama lain meskipun penganut agama lain bebas beramal dengan anutan kepercayaan mereka.

2. Tindakan ini ekoran keresahan Umat Islam yang merasakan kedudukan Islam tidak selamat di tangan pemerintah hari ini, apa tah lagi dengan pelbagai isu tentang Islam dan masyarakatnya yang dikesampingkan.

3. Budaya bertentangan dengan ajaran Islam seperti LGBT dipromosikan dengan jelas dan bebas. Isu pengurusan serta momokan masalah kewangan yang melibatkan institusi umat Islam seperti Tabung Haji selain mempamirkan sikap memperkecil amalan Islam di kalangannya. Dalam masa yang sama promosi pemahaman Islam Liberal semakin mendapat tempat dan semua di antaranya menggusarkan umat Islam.

4. Rakyat juga merasa kegelisahan mengenai kedudukan kedaulatan negara apabila ada tangan-tangan ghaib yang cuba meratifikasi perjanjian-perjanjian antarabangsa tanpa pengetahuan rakyat. Hal ini umpama menggadai negara ke tangan orang luar, sedang negara kita, sewajarnya kitalah yang uruskan. Contoh nyata adalah percubaan meratifikasi Statute Rome yang jelas memberi tiket kepada kuasa luar mencampuri urusan dalam negara.

5. Justeru itu, PAS Kedah menyeru kepada semua ahli supaya meluangkan masa hadir ke perhimpunan aman berkenaan yang akan berlansung pada 4 Mei, jam 2.00 petang di Masjid Jamek, Sogo, Kuala Lumpur.

6. Semoga kesatuan serta kejituan semangat umat Islam ini memberi signal kepada pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan jangan sesekali mudah menyentuh atau mengkucar kacirkan hak umat Islam yang jelas serta terang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia sejak sekian lama.

DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
PESURUHJAYA PAS KEDAH
2 Mei 2019