Home Berita PAS Kedah

PAS TETAP TEGUH UNTUK PENYATUAN UMMAH

149
SHARE

TANAH MERAH – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tetap teguh untuk mengukuhkan perpaduan orang Islam-Melayu dan Perpaduan Ummah. 

 

YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berkata demikian semasa Kenduri Rakyat Kawasan Tanah Merah di sini hari ini. 

     

“Siapa sahaja yang setuju dengan gagasan perpaduan ummah demi kelangsungan kehidupan di bumi Malaysia ini dijemput untuk duduk bersama baik dalam pilihan raya atau selepas pilihan raya,” ujar Sanusi. 

 

Jelasnya, Muafakat Nasional (MN) bukan hanya antara PAS dan UMNO, apabila ada kumpulan yang mencintai perpaduan, boleh hidup bersama kaum-kaum lain yang tidak ekstrem maka itulah MN yang sebenar yang diusahakan oleh PAS dan semua parti politik di negara ini. 

 

Menurut beliau, mana-mana pihak yang berusaha untuk memutuskan hubungan dengan PAS, mereka tidak berani kerana jika mereka yang mendahului, orang Melayu akan menolak mereka dalam PRU-15 yang akan datang. 

 

Tambah Muhammad Sanusi lagi, mereka hanya mampu bermain tarik tali.

 

“Kalau dia nak lawan kita tak lari. Kita tak akan berundur kalau tiga penjuru kita lawan, empat penjuru pun kita lawan,” katanya.