Home Berita PAS Kedah

KEHEBATAN KELANTAN: KUASA BELI RAKYAT KELANTAN TINGGI 

511
SHARE

TANAH MERAH – Kuasa membeli rakyat Kelantan sangat tinggi berbanding negeri lain walaupun pendapatan per kapita negeri tersebut lebih tinggi berbanding Kelantan. 

 

Demikian ucapan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor di program Kenduri Rakyat Kawasan Tanah Merah di sini hari ini. 

 

“Sebenarnya kekayaan negeri tu duduk di rakyat kerana mereka ada kuasa membeli, buka kedai tang mana pun laku,” tambah beliau. 

 

Muhammad Sanusi yang merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Itu berkata, ianya merupakan rahmat yang Allah turun ke Kelantan, walaupun kerajaan tak kaya tapi rakyat kaya. 

 

Menurut beliau, jasa besar orang-orang Kelantan adalah memilih kerajaan negeri yang sudah berusia lebih 30 tahun ini sehingga menjadi model dan contoh untuk negeri-negeri lain di Malaysia. Bahkan ia menjadi rujukan yang dicontohi oleh Kerajaan Persekutuan. 

 

“Rakyat boleh nilai. Kalau penilaian yang dibuat kepada negeri-negeri pimpinan PAS lebih baik daripada dulu insya-Allah lama-kelamaan PAS bersama Perikatan Nasional boleh memerintah negara ini,” katanya. 

 

Tegasnya, semua rakyat Kelantan bertanggungjawab untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada ini bagi menunjukkan lebih banyak model dan contoh kepada kerajaan Negeri dan Persekutuan.