Home Khas

PAS Tegas Untuk Perpaduan

528
SHARE

Kenyataan Media PAS

PAS TEGAS UNTUK PERPADUAN

PAS sebagai sebuah parti politik utama negara yang pula berprinsipkan Islam dengan tegas berpandangan aspek perpaduan amatlah penting dalam proses bina negara demi kepentingan rakyatnya.

Selepas bersama memimpin ke arah perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional, dikuti menyelamatkan negara melalui persefahaman menubuhkan
Kerajaan Perikatan Nasional, PAS berpandangan semua pihak perlu komited, jujur dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemerintahan dan
pentadbiran negara terutama di zaman dunia umumnya berada dalam keadaan yang amat sukar.

PAS tidak mahu terlibat mahupun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan yang sekaligus mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat.

Justeru PAS bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

Maka PAS menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak Kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.

PAS amat percaya hanya perpaduan yang sejati dan ikhlas sahaja mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat menghormati di antara rakyat pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya di negara kita yang tercinta ini.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 03 Januari 2021

#IslamMemperkukuhPerpaduan
#PerikatanNasional
#MuafakatNasional
#SejahteraBersamaIslam