Home Berita PAS Johor

PAS Tebrau prihatin kebajikan masyarakat

138
SHARE

Oleh : Siti Nur Aisyah Az Zahra

29 Julai, Tebrau : PAS Kawasan Tebrau bersama NGO Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT) dan Pertubuhan Kebajikan Humaira’ telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada sekeluarga asnaf di Taman Daya, disini semalam.

Kesempitan hidup keluarga ini dengan jumlah yang masih bersekolah seramai 11 anak dan hanya bergantung dengan pendapatan bapa sebagai pemandu lori telah mendapat perhatian pihak PAS Tebrau.

Sumbangan berbentuk bantuan kewangan dan barangan makanan asas telah disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tebrau, Nor Fazielah Yaakub. Turut hadir AJK KKAT, Fatima HP Dulkarnain.

Program ziarah kemudian diteruskan ke kediaman Halimatun Saadiah Razak yang sedang dalam proses penyembuhan akibat diserang strok separuh badan bulan lalu di Bandar Dato Onn.

PAS Kawasan Tebrau sentiasa membuka uncang sumbangan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 01087010068909 atas nama Kelab Kebajikan Anak Tebrau.