Home Melaka

Pena editor Melaka | Lompat parti – mengingatkan PH yang lupa

114
SHARE

Oleh IBNU JANIE

SEMALAM, terciptalah sejarah, akhirnya Undang-undang Anti Lompat Parti berjaya diluluskan di Parlimen.

Yang menariknya tiba-tiba penyokong Pakatan Harapan (PH) mengaku mempelopori perjuangan undang-undang ini. Seolah-olah selama ini mereka teraniaya dengan aktiviti lompat parti. Seolah-olah mereka benci sangat dengan lompat parti ni. Rasa nak muntah pun ada!

Mungkin mereka nyanyuk, jadi saya akan ingatkan mereka.

Tidaklah lama sangat, tak sampai 10 bulan pun. Pada 4 Oktober 2021, Pengerusi PH dan PAN Melaka, Adly Zahari yang ketika itu ADUN Bukit Katil membuat sidang akhbar bersama-sama dengan ADUN BN yang melompat parti iaitu ADUN Sungai Udang Dato’ Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundur ketika itu untuk membentuk kerajaan baharu. Tetapi digagalkan dengan pembubaran DUN oleh Ketua Menteri Melaka.

Memanglah kerajaan PH Melaka selepas PRU-14 pun jatuh kerana ada ADUN PH lompat parti sokong BN. Tapi peristiwa lompat Oktober 2021 itu bukannya ADUN-ADUN PH yang lompat dahulu kembali semula kepada PH, tetapi dua ADUN Umno yang melompat ke PH.

Itu yang terbaru. Cuba kita undur ke belakang lagi saat-saat indah ketika PH baru sahaja memenangi PRU14.

Sebaik keputusan PRU14 untuk Negeri Sabah diumumkan pada masa itu kedudukan kerusi di DUN Sabah ialah BN 29 kerusi, Warisan-PH 29 kerusi, sementara STAR 2 kerusi. Mulanya BN telah berjaya membentuk kerajaan dengan membuat pakatan dengan STAR yang dipimpin oleh Dr Jeffrey Kitingan dengan jumlah 31 kerusi pada 10 Mei 2018.

Pada 11 Mei 2018, enam Adun BN pula mengkhianati mandat rakyat dengan melompat parti menyertai Warisan-PH. Mereka adalah dua orang Adun UPKO dan empat orang Adun UMNO. Dengan jumlah terbaru ini maka Warisan-PH membentuk kerajaan dan Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Mei 2018.

Sementara itu di dalam DUN Perak pula asalnya PH memiliki 29 kerusi, BN 27 kerusi, sementara PAS 3 kerusi. Tidak ada satu parti pun yang memperolehi majoriti mudah 30 kerusi. Namun PH membentuk kerajaan dengan sokongan dua orang Adun BN yang mengkhianati mandat rakyat melompat parti yang mengundi BN. Selepas pengkhianatan itu kedudukan kerusi di dalam Dun Perak ialah PH 30 kerusi, BN 25 kerusi, PAS 3 kerusi dan bebas 1 kerusi. Bebas ini juga menyokong PH.

Begitu juga Kedah. Sebaik sahaja keputusan PRU14 diumumkan kedudukan kerusi di dalam DUN Kedah ialah PH 18 kerusi, PAS 15 kerusi sementara BN 3 kerusi. Dengan itu tiada mana-mana parti politik pun yang dapat membentuk kerajaan yang memerlukan 19 kerusi.

Akhirnya kerajaan PH Kedah dibentuk dengan seorang Adun BN mengkhianati mandat rakyat di kawasannya dengan melompat parti yang memberi undi kepada BN dalam PRU itu. Kedudukan selepas pengkhianatan itu ialah PH 19 kerusi, PAS 15 kerusi sementara BN 2 kerusi.

Pembentukan kerajaan PH di Sabah, Kedah dan Perak adalah hasil dari pengkhianatan mandat rakyat yang melompat parti ke PH. Wakil-wakil rakyat yang dahulunya BN dan diundi oleh rakyat yang mahu mengundi BN namun mereka beralih menyokong PH untuk membentuk kerajaan.

Tiba-tiba pemimpin PH dakwa jadi juara perjuang Undang-undang Anti Lompat Parti. Eh, korang buat tak apa pula ye? Dua kali lima je. Kamu semua nak tipu siapa?

Lebih memalukan lagi semasa PH menjadi kerajaan dulu mengapa mereka tak gubal? Tiba-tiba bila ia berjaya digubal oleh Kerajaan Perikatan Nasional tiba-tiba mereka kata ini perjuangan mereka? Ehh.. malulah!!

IBNU JANIE
Ketua Editor Negeri Melaka
Portal Berita PAS

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH