Home Artikel PAS Pusat

PAS serah sumbangan RM100,000 kepada Syria

133 views
SHARE

KUALA LUMPUR: PAS melalui PAS Relief telah menyampaikan sumbangan kemanusiaan sebanyak RM100, 000 untuk Misi Kemanusia Ghoutah, Syria pada 12 Mac yang lalu.

“Syria baru-baru ini telah diserang dan berlaku pelarian terutama di kawasan Ghoutah. Sumbangan ini diberikan kepada Syria khususnya di kawasan tersebut”, kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum itu, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyerahkan mock cheque kepada wakil NGO Syria – Sosial Development International (SDI).

PAS Relief adalah sebuah jabatan dibawah Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat yang bertanggungjawab untuk membantu golongan tertindas di Myanmar dan seluruh dunia yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Sanusi Mohd Nor, AJK PAS Pusat.