Home Artikel PAS Johor

PKWR DUN Puteri Wangsa Santuni Wargatua

96 views
SHARE

 

TEBRAU, 11 Mac : Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Puteri Wangsa telah berjaya mengadakan program “Home Visit TEBRAU” di sini hari ini.

Turut sama hadir dalam program tersebut ialah ketua rombongan Pegawai Perubatan Dr Asraf Ismail serta 5 orang anggotanya, Pegawai Khas PKWR Dun Puteri Wangsa Sazali Siron, Ketua Penerangan PAS Kawasan Tebrau Azman Atmin, serta pimpinan muslimat dan Ajk PAS Kawasan Tebrau.

Program yang dimulakan seawal 9 pagi itu dengan dipecahkan kepada 3 kumpulan, 6 pegawai perubatan, serta lebih 20 petugas telah berjaya menyantuni 73 orang pesakit yang 31 orang daripadanya ialah masyarakat india.

Dr. Asraf dalam ucapannya menyatakan kegembiraan atas komitmen yang telah diberikan oleh petugas-petugas serta penerimaan masyarakat atas program yang telah diadakan.

Yang DiPertua PAS Kawasan Tebrau Ust. Khirul Muntanazar Ismail ketika dihubungi bagi mewakili YB Ustaz Abdullah Husin mengucapkan tahniah atas kerjasama yang baik antara kedua belah pihak dalam menjayakan program menyantuni masyarakat. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.