Home Artikel PAS Wilayah

Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Wangsa Maju Meriah

109 views
SHARE

WANGSA MAJU – Pesta Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Wangsa Maju telah dilangsungkan dengan penuh meriah pada 10 Mac 2018 di KSL Futsal Setapak.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Abd. Hadi Mohd Ghazali yang berpandangan bahawa aktiviti tahunan sebegini amat penting untuk dilaksanakan kerana inilah nilai dan mutu perkhidmatan yang ada perlu di mana-mana PASTI.

“Selain itu, ianya menjadi medium untuk merapatkan hubungan ukhuwwah di antara pihak pengurusan, ibu bapa, guru dan para pelajar”, tambah beliau lagi.

Johan bagi perlawanan bola sepak telah dijuarai oleh PASTI Al-Hafiz 1 manakala naib johan milik PASTI An-Najihah dan tempat ketiga serta keempat masing-masing dimenangi oleh PASTI An-Nahli 1 dan PASTI Al-Ikhlas.

Sementara itu, johan bagi perlawanan bola jaring juga dimenangi oleh PASTI Al-Hafiz 1, naib johan ialah PASTI Darul Iqra, dan PASTI Saidatina Khadijah mendapat tempat ketiga. Manakala tempat keempat pula disandang oleh PASTI An-Nahli 1.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Tuan Haji Razali Tumirin yang menegaskan, “Peranan kita semua disini adalah untuk memastikan PASTI dijadikan pilihan utama masyarakat dan aktiviti sukan ini boleh dijadikan sebagai medan dakwah kita bersama.”

Gelagat anak-anak amat dirasai disamping sorakan semangat dari ibu bapa serta hadirin bagi memberi sokongan padu bermula dari awal sehingga tamat perlawanan.