Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan edar juadah berbuka puasa, erat hubungan masyarakat setempat

52
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad

25 April 2021

PUTATAN : Sebanyak 350 pek bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat setempat di Kampung Sembulan dan sekitar Parlimen Putatan, semalam.

Program Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Parti Islam Se-Malaysia PAS Kawasan Putatan diketuai oleh Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin, Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Putatan turut disertai 10 orang terdiri daripada AJK Kawasan PAS Putatan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan.

Zulzaim berkata, program ini sebagai salah satu cara untuk mengeratkan hubungan masyarakat dengan pemimpin setempat.

“Walaupun agihan pek makanan ini sedikit, tetapi cukup memberi nilai kepada penerimanya kerana disediakan secara bergotong-royong”.

Agihan pek bubur lambuk ini diagih secara secara pandu lalu di jalan tumpuan orang ramai bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN.

Tidak dilupakan, barisan tenaga pengajar pusat jagaan kanak-kanak dalam Parlimen Putatan seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Tunas Insan Centre (TIC).