Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Sambut Baik Kerajaan Teruskan Siasatan Kes Allahyarham Adib

1686
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PAS Sambut Baik Kerajaan Teruskan Siasatan Kes Allahyarham Adib

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan terhadap kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, pegawai bomba yang terkorban dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November 2018.

Kenyataan ini melegakan rakyat Malaysia yang menantikan perkembangan terkini kes tersebut.

Sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan memerintah negara, inkues terhadap Allahyarham Adib menjadi perhatian kerana rakyat mengharapkan keputusan yang adil untuk Allahyarham Adib.

PAS berpuas hati dengan keputusan Koroner Mahkamah Shah Alam, Rafidah Mohamad pada 27 September 2019, yang memutuskan punca kematian adalah akibat perbuatan jenayah oleh individu yang tidak dikenali.

PAS yakin Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan Kerajaan Perikatan Nasional akan mengambil tindakan seadilnya terhadap kes ini dengan mencari dan menghukum mereka yang terlibat samada pelaku (pembunuh) beserta mereka yang berusaha menutup kes ini jika ada.

Rakyat pasti akan memberikan kerjasama dalam mengangkat keadilan kematian seorang wira negara.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
24 Jun 2020 | 2 Zulkaedah 1441