Oleh : Hanna Bolhan
Batang Lupar, 31 Oktober 2020 : PAS Batang Lupar selesai menghantar sumbangan mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Pusa pada 26 Oktober yang lalu.
Menurut Encik Supri yang juga merupakan pemilik rumah berkenaan mengatakan rumah yang musnah tersebut disewa oleh dua orang guru dan kini duduk di kuaters sekolah buat sementara.
PAS Batang Lupar tampil memberi bantuan sumbangan berupa kewangan dan barangan dapur kepada mangsa yang diserah sendiri oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Muslimat Sarawak, Dayangku Huda bagi membantu meringankan beban yang ditanggungi mereka.
“Diharap semua mangsa kebakaran yang terlibat terus tabah dan sabar menghadapi musibah ini,” Ujar Ketua Muslimat Batang Lupar, Mahani Mumtaz.
PAS Batang Lupar terus komited menyalurkan sumbangan bagi masyarakat yang memerlukan.