Home Berita PAS Melaka

PAS Sabah berjaya membudayakan politik matang dan sejahtera – Ameerah Melaka

637
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

KOTA MELAKA, 13 Sept : “Tahniah dan syabas kepada pimpinan dan ahli PAS Negeri Sabah kerana berjaya membudayakan politik matang dan sejahtera melalui laluan dan sokongan yang diberikan kepada rakan dari Perikatan Nasional untuk bertanding di PRN Sabah.”

Demikian dinyatakan oleh Ketua Ameerah Fun Club Negeri Melaka Siti Hajar Mohd Razali apabila diminta mengulas tentang Pilihanraya Negeri Sabah ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS Malaysia Kali Ke-66 peringkat Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di Ballroom Hotel Sentral Melaka di sini sebentar tadi.

Beliau menambah lagi,

“لا اسلام إلا بالجماعة، لا جماعة إلا بالقيادة، لا قيادة إلا بالطاعة.
Tiada Islam melainkan dengan Jemaah, tiada jemaah melainkan dengan pimpinan, tiada pimpinan melainkan dengan taat.

“Berikutan itu, kami di semenanjung merasakan tarbiah yang dilazimi kita sebagai ahli dan anak gerakan PAS dalam usrah dan program-program PAS berjaya dipraktikkan melalui ketaatan, سمعنا وأطعنا kepada pimpinan.

” Siiru ‘ala Barakatillah.” Ujar beliau mengakhiri temuramah beliau bersama Wartawan Rakyat Melaka (WARM)


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)