Home Berita PAS Melaka

Assabiqun PAS Melaka mahu perwakilan muktamar kekal teguh bersama Presiden

540
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 13 Sept : Veteran PAS atau dikenali sebagai Assabiqun PAS Melaka menyambut baik kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang memberi laluan kepada PN dan BN untuk bertanding dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah atas semangat setiakawan menunjukkan jiwa besar seorang ahli politik.

Ahli Jawatankuasa Assabiqun PAS Melaka, Haji Mohd Diah Abdul berkata Assabiqun berikrar memberi sepenuh iltizam mendukung perpaduan bagi memastikan kesatuan MN dan PN terus teguh dan mahu semua perwakilan muktamar kekal teguh bersama Presiden PAS bagi memenangi pilihan raya di Sabah dan PRU15 pada masa terdekat ini.

Justeru katanya, seluruh ahli perlu taat terhadap keputusan parti yang menjadi syarat dan rukun berjemaah.

“Mandatnya diserahkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Pas Pusat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan terpenting ini.”

Haji Mohd Diah berkata demikian ketika ditemuramah oleh wartawan rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi di Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-66 bagi Melaka dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Hotel Sentral Melaka, di sini hari ini.

Mohd Diah, 85, yang dikenali oleh ahli dan penyokong PAS tempatan sebagai Pak Ngah adalah simbol seorang tokoh pejuang dengan jiwa pendidik sejati di Negeri Melaka.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)