Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Rakam Takziah Pemergian Mantan Menteri Besar Terengganu

605
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PAS Rakam Takziah Pemergian Mantan Menteri Besar Terengganu

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang merupakan mantan Menteri Besar Terengganu (1974-1999) serta mantan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi (2000-2005) telah banyak memberi sumbangan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan melalui penerapan nilai-nilai Islam.

Semoga Allah merahmati dan menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang beriman.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
21 September 2020 | 3 Safar 1442