Home Artikel PAS Wilayah

Muslimat Wilayah Konsisten Hidupkan Munajat AKIFI

308
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

Batu – Munajat AKIFI peringkat Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan berjaya dilaksanakan dengan pematuhan norma baharu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) 19 September lalu.

Lebih 70 orang ahli dan pimpinan muslimat hadir ke program tersebut yang bermula dengan Solat Maghrib dan Solat Sunat Hajat secara berjamaah, diikuti bacaan Yaasin, Munajat AKIFI dan Solat Isyak berjamaah sebelum diakhiri dengan taujihat pimpinan muslimat.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Setiausaha DMPM, Dr. Nurul Hani Ali, Pengarah Strategik DMPM, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Pengerusi Assabiqat DMPM, Khadijah Mahmud, dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Salbiah Abd Wahab.

Ustazah Nuridah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengingatkan semua yang hadir untuk memperbanyakkan amal soleh sebagai persediaan menghadapi fitnah akhir zaman.

“Hadis Nabi SAW menyebutkan bahawa setiap 100 tahun akan lahirnya mujaddid yang memenangkan Islam. Tempoh 1342H sehingga 1442H menandakan 100 tahun selepas kejatuhan khilafah Islam.

“Dengan kuasa besar arab yang sedang menormalisasikan zionis, kita tidak tahu apakah zaman kita ini zaman yang akan datangnya Dajjal, Imam Mahdi mahupun Dukhan. Perbanyakkanlah doa dan amal soleh, moga-moga kita akan terus istiqamah bersama Islam”, ulas beliau.