Home Berita PAS Kedah

PAS Pokok Sena ziarah mangsa kemalangan jalan raya

130
SHARE

POKOK SENA, 4 Julai 2022 – Seorang mangsa kemalangan jalan raya pada 27 Jun lalu mendapat perhatian PAS Kawasan Pokok Sena di kediamannya, dekat Kampung Derang, semalam.

Dalam kunjungan itu, mangsa, Abdul Muhaimin baru pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah selepas menjalani pembedahan dan pemasangan besi di kaki dan tangan beliau.

Beliau yang juga merupakan seorang Hafiz Qur’an, baru sahaja menerima keputusan STAM dan sedang mengambil SPM tahun ini di Madrasah Taklimiah Tok Keling.

Prihatin dengan nasib yang menimpa Abdul Muhaimin, PAS Kawasan Pokok Sena menyumbang sebuah katil sakit untuk kegunaan beliau

Turut bersama, Naib Yang  Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Salim Mahmod, Setiausaha PAS Kawasan Pokok Sena, Mohd Firdaus Salleh, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Azlan Ariffin dan AJK PAS Kawasan Pokok Sena.