Home Berita PAS Perak

Muslimat disaran tetap menjaga kerahsiaan Parti

57
SHARE

Oleh: Siti Aseelah Mohd Noor

Teluk Intan, 4 Julai : Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah selesai menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 32 bertempat di Dewan Wak Johar, Kompleks PAS Teluk Intan di sini, baru-baru ini.

Seramai kira-kira hampir 90 orang pemerhati serta perwakilan daripada 18 cawangan sekitar Teluk Intan memeriahkan Mesyuarat Agung kali ini.

“Keprihatinan dan sifat cakna yang dimiliki kaum Muslimat tiada tandingan. Mereka hadir dalam setiap program, bijak merayu undi, pemurah dalam infaq tenaga maupun harta dan sebagainya,” ujar Pengerusi Lajnah Tarbiyah Kawasan Teluk Intan, Muhd Subri Jusoh ketika menyampaikan ucapan perasmian yang bermula seawal 8.30 pagi itu.

Beliau turut berkongsi kisah seorang sahabat Rasulullah SAW, Hatib bin Abi Baltaah ketika mengupas Surah Al-Mumtahanah ayat 1, yang membocorkan rahsia perancangan Rasulullah SAW untuk menawan kota Mekah.

Beliau menegaskan, sebagai ahli ‘ribat’ yang mengikat janji setia dalam parti agar kerahsiaan tersimpan kemas di kalangan ahli.

Dalam ucapan pembuka mesyuarat tersebut, Ketua Muslimat, Robia’ton Mohd Abas berkata, Muslimat perlu yakin dalam gerak kerja Parti (walaupun) tiada elaun yang diberi. Kita tetap tsabat kerana janji Allah itu pasti.

Pra agenda mesyuarat berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada 5 Cawangan Paling Komited dan Komitmen, iaitu
Cawangan Padang Tembak, Batu 3 Cicely, Batak Rabit, Padang Tembak Dalam serta Kampung Bahagia.

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Muslimat Negeri Perak,Hamisah Abas, Naib Ketua Muslimat, Sisriyati Sahari serta ahli jawatankuasa yang lain.