Home Artikel PAS Sabah

PAS Lahad Datu anjur Qurban Perdana kali ke – 4.

178
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco

02 Ogos 2020

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu telah melaksanakan program Qurban Perdana buat kali ke empat bertempat di Jalan Assam, Lahad Datu semalam.

Sebanyak lima ekor lembu disembelih hasil daripada penyertaan orang awam yang memberi kepercayaan kepada PAS Lahad Datu untuk menguruskan qurban pada tahun ini.

Program qurban bermula seawal 6.30 pagi dan diakhiri dengan pengagihan daging qurban kepada penerima pada pukul 12.30 tengah hari.

Program ini telah diketuai oleh Nizam Latuah, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu selaku pengarah program tersebut.

Menurut beliau, program qurban tahun ini agak sedikit berbeza kerana perlu mematuhi SOP pelaksanaan qurban bagi mengawal penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, beliau amat bersyukur kerana para petugas amat mematuhi SOP tersebut.

Menariknya, kelima-lima lembu qurban tersebut, telah disembelih oleh Ketua PAS Cawangan Lahad Datu iaitu Ustaz Mat Zaki Ibrahim.

Ustaz Mat Zaki melahirkan rasa syukur terhadap penyertaan kali ini. Beliau berharap agar PAS Lahad Datu akan terus dapat meningkatkan lagi penyertaan ibadah qurban supaya lebih ramai lagi penerima sumbangan daging qurban pada masa akan datang.