Home Artikel PAS Johor

PAS Pengerang Santuni Mangsa Kebakaran

198
SHARE

PAS Kawasan Pengerang telah memulakan langkah pada tahun baharu ini dengan melawat dan menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi kelmarin dahulu.

Mangsa kebakaran, Faridah Keling merupakan guru mengaji di sekitar kampungnya. Faridah tinggal bersama tiga orang anaknya. Satu-satunya anak perempuan Faridah, Norhidayah Abdul Wahid, sudah berumahtangga bersama suami dan 4 orang anak juga tinggal bersama ibunya. Empat orang anak Norhidayah masih bersekolah di sekolah menengah dan sekolah rendah. Manakala salah seorang dari dua orang anak lelaki Faridah bakal melangsungkan perkahwinan tanggal Februari 2020.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 11.00 pagi itu telah memusnahkan 100 peratus rumah mangsa sepenuhnya. Ianya adalah berpunca daripada litar pintas.

Malah, kesihatan Faridah tidak mengizinkan atas faktor usia dan pergerakannya sedikit terbatas.

Rombongan ziarah bantuan kebakaran ini telah diketuai oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Pengerang, Haji Abdul Rashid Sahab yang menyampaikan sedikit sumbangan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Pengerang serta Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Pengerang untuk mangsa kebakaran ini. Turut bersama turun padang adalah Ketua DMPK Pengerang dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan.

Haji Rashid menyeru kepada para hartawan dan dermawan untuk menolong ringankan beban mangsa kebakaran tersebut dengan menyumbangkan seikhlas hati dalam apa jua bentuk.

Kepada yang berhajat untuk menyumbang, boleh terus ke akaun anak mangsa, Maybank 151071253387 atas nama Mohd Ghazali Abdul Wahid.