Home Kenyataan Media PAS Perlis

Doakan Kesihatan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis

5713
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS
DOAKAN KESIHATAN TIMBALAN PESURUHJAYA 1 PAS PERLIS

1. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya, telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.

2. Beliau sebelum ini dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), dekat sini.

3. Akibat daripada itu, beliau kini diletakkan di bawah pemantauan doktor di HTF dan hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat.

4. Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis menyeru kepada seluruh masyarakat agar dapat sama-sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan kepada beliau.

5. PAS Perlis juga memohon semua pihak supaya tidak mengadakan sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan Ustaz Yussaine.

6. Semoga seluruh ahli keluarga beliau diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi ujian ini.

YB MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
10 Januari 2020M | 14 Jamadilawal 1441H