Home Berita PAS Perlis

40 asnaf terima sumbangan Ramadan

203
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 22 Apr: Seramai 40 orang penduduk di DUN Guar Sanji yang tergolong dalam golongan asnaf telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Majlis Sumbangan Ramadan al-Mubarak dan Iftar Jamaei UDM Behor Mentalon yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Guar Sanji itu diadakan di Markas PAS Kampung Semut Gatal, dekat sini.

Hadir sama dalam majlis tersebut, ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim dan Pengarah JPRD Guar Sanji, Ustaz Fuad Hashim.

Selain berpeluang berbuka puasa beramai-ramai, mereka yang hadir turut menerima sumbangan yang disampaikan sendiri ADUN berkenaan.

Menurut Mohd. Ridzuan, sumbangan yang disampaikan diharapkan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan para penerima berkenaan.

“Saya juga amat berharap agar masyarakat setempat dapat memaklumkan kepada PKWR Guar Sanji sekiranya terdapat penduduk yang memerlukan bantuan untuk kita bantu khasnya dalam bulan Ramadan ini,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama membantu PKWR Guar Sanji dalam menjayakan majlis berkenaan.