Home Berita PAS Johor

PAS Muar serah sumbangan kepada aktivitis muslimat

100
SHARE

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 27 Nov : PAS Kawasan Muar berkesempatan menziarahi aktivis veteran PAS, Aminah Abdullah yang juga merupakan mantan guru PASTI Muar di sini, hari ini.

Beliau yang baharu sahaja selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Suami beliau, Tuan Guru Hasbullah Salleh pula adalah merupakan pengasas Tahfiz At Tanwiriah, juga veteran PAS sejak lama dulu.

Dalam pertemuan itu. Yang Dipertua PAS Muar, Abd Aziz Talib telah menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM2500 hasil kutipan kilat daripada ahli-ahli PAS Muar.

Turut hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua, Cheman Yusoh, Naib Ketua, Dr Mohamad Taslim dan Ketua Muslimat, Norhayati Sulaiman.

Terdahulu sebelum itu, mereka telah hadir memenuhi jemputan ke majlis perasmian persidangan Parti Pribumi Bersatu Bahagian Muar bertempat di Desa Keroma Eco Resort, Muar.

Kehadiran mereka disambut oleh pemangku Ketua Bersatu Muar, Basut Nin, Timbalannya, Zainudin Kusnin dan Setiausaha, Edzhar Jasmary.