Home Berita PAS Melaka

PAS Melaka sasar RM100k kutipan dana Palestin fasa dua

43
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 1 Jun : PAS Melaka menyasarkan untuk mengutip RM100 ribu bagi tabung Aid4Palestine fasa dua, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek.

Menurut beliau PAS sudah pun mula melancarkan tabung bantuan ini di bawah Aid4Palestine yang menaungi hampir 124 NGO sejak bermulanya serangan yang dilancarkan Israel terhadap rakyat Palestin baru-baru ini.

“Dan alhamdulillah untuk fasa yang pertama PAS Melaka telah menyumbang hampir RM60 ribu.

“Sepertimana dimaklumi bahawa PAS seluruh Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak RM16 juta untuk kita hantar ke Palestin,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi PAS Melaka telah membuat penambahbaikan dalam urusan kutipan dan pengarahan untuk kutipan fasa kedua yang akan berakhir 30 Syawal ini bagi memastikan sasaran kutipan RM100 ribu itu tercapai.

Beliau menyatakan perkara ini dalam satu sidang media yang berlangsung di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Melaka, Seri Negeri pada semalam dan turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin.

MOHON SUMBANGAN BAIK PULIH SURAU AL KAUTHAR TANJUNG KLING

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .