Home Berita PAS Selangor

Pelancaran Hulu Selangor beristighfar (100 istighfar sehari) – PAS Kawasan Hulu Selangor

73
SHARE

May be an image of ‎4 people and ‎text that says "‎@ PELANTARAN HULU SEL SELANGOR ستغفار "100 Istighfar Sehari" 1 JUN 2021 SELASA 7.50-9.00 MALAM LIVE GOOGLE MEET ANJURAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN HULU SELANGOR‎"‎‎

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Selangor | Bilangan kes harian COVID-19 di negara kita sudah mencapai tahap maksimum. Negeri Selangor masih mencatatkan kes COVID-19 yang tertinggi berbanding negeri-negeri di seluruh negara. Hampir saban hari perkhabaran saudara-saudara, ahli keluarga, rakan sepejabat, ahli qaryah masjid dan semua di sekeliling kejiranan yang positif COVID-19.

Sumber Berita Perdana Negara melaporkan para frontliners negara kita kepenatan dan kehabisan tenaga pekerja. Mereka telah bekerja dengan teruk sehingga ada yang tidak pulang ke rumah untuk jangka masa yang panjang, ada juga yang tak sempat berehat dan sebagainya. Mereka juga manusia biasa seperti kita yang memikul amanah yang cukup berat bagi menjaga kemaslahatan negara.

Menurut kenyataan media sosial PAS Kawasan Hulu Selangor, “di saat pandemik COVID-19 sedang mengganas diseluruh negara terutama di Negeri Selangor, sudah tentu selain pelbagai usaha pihak kerajaan dan rakyat menyekat penularan ini semakin membarah, perkara yang paling utama adalah kembali mengadu kepada Allah SWT. Barisan hadapan sudah penat. Ayuh, bersama kita gerakkan jiwa-jiwa kita memohon keampunan dari Allah SWT”.

Semoga Allah berikan kesembuhan buat sahabat-sahabat ahli, Pimpinan PAS dan seluruh mereka-mereka yang sedang menghadapi virus COVID-19 ini. Begitu juga ketabahan dan kekuatan buat seluruh ahli keluarga mereka yang terlibat dalam pertarungan wabak ini.

Google Meet joining info,

Hari       : Selasa
Tarikh    : 1 Jun 2021
Masa      : 7:50pm – 9:00pm
Anjuran  : Urusan Ulamak PAS Kawasan Hulu Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor