Home Kenyataan Media PAS Kedah

ADUN PAS Kedah sumbang 70 peratus elaun bulan jun 2021

242
SHARE

Assalamualaikum wmt wbr.,

Ekoran keputusan kerajaan mengadakan PKP di seluruh negara, maka ADUN2 PAS Kedah telah bersepakat untuk menyumbang sebahagian daripada elaun bulanan kepada tabung bantuan bencana Covid-19.

50 peratus dari gaji bulan Jun akan kami sumbangkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) manakala 20 peratus lagi akan disumbangkan kepada Tabung Bencana Covid-19 yang dilancarkan oleh PAS Pusat.

Ini bermakna, sebanyak 70 peratus daripada elaun bulan Jun kami akan sumbangkan kepada tabung untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemic Covid-19.

Saya juga menyeru kepada golongan yang berkemampuan agar sama-sama membantu rakyat yang terkesan. Di kala ini, jangan hanya berbicara perihal tangan yang menerima tetapi juga jadilah juga golongan yang memberi.

Biarlah di kala sukar ini, kita harungi cabaran bersama dan semoga Allah terima segala amal soleh dan permudahkan segala urusan. Terima Kasih.

“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”

Mohd Azam bin Abd Samat
Ketua Penerangan PAS Kedah
Pengerusi Kelab Penyokong ADUN Kerajaan

1 Jun 2021 / 20 Syawal 1442H