Home Kenyataan Media PAS Melaka

PAS Melaka sambut baik Menteri Umno kekal dalam kabinet.

485
SHARE

Kenyataan Media
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka


PAS Melaka sambut baik Menteri Umno kekal dalam kabinet.

PAS Negeri Melaka menyambut baik keputusan Menteri-menteri Kerajaan Pusat daripada Umno untuk terus kekal dalam kabinet seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media hari ini.

Persetujuan tersebut adalah sesuatu yang penting dalam memastikan usaha untuk mengatasi Covid-19 dapat berjalan lancar. Ini memandangkan kebanyakan portfolio penting dalam kerajaan pada masa ini dipegang oleh Menteri-menteri dari kalangan Umno.

PAS Melaka percaya bahawa agenda penyatuan ummah melibatkan ketiga-tiga parti iaitu PAS, Bersatu dan Umno, juga rakan parti-parti sekutu yang lain sangat penting untuk memastikan orang-orang Melayu tidak hilang kuasa di tanah air sendiri.

Kami sentiasa berdoa agar kerjasama ini akan terus kekal selama-lamanya demi untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil pada masa kini dan akan datang.

DATUK USTAZ KAMARUDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka.