Home Khas

PAS lancar kempen kutipan dana ‘ Tabung Bencana Covid-19 ‘

127
SHARE

PAS LANCAR KEMPEN KUTIPAN DANA “TABUNG BENCANA COVID-19”

Selaras dengan kedudukan sebagai sebuah Parti Berkebajikan, maka PAS Pusat dengan penuh rasa kesedaran dan insaf terhadap kesan penularan COVID-19 yang bukan sahaja dari aspek kesihatan tapi juga kesan terhadap kehidupan ekonomi dan sosial, mengambil inisiatif menubuhkan TABUNG BENCANA COVID-19 PAS PUSAT. Tabung ini bertujuan untuk digunakan bagi membantu semua golongan yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 di negara ini, termasuklah petugas barisan hadapan (frontliners).

Sebuah Sekretariat Khas ditubuhkan untuk mengendali dan mengurusetiakan Tabung ini iaitu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Lajnah Kesihatan PAS Pusat dan Khidmat Malaysia (PAS Pusat).

Bagi menjayakan usaha murni dan Jihadun Nafsi ini, Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri / Wilayah Persekutuan akan bertindak secara sistematik menguruskan Kutipan Dana Tabung berkenaan yang meliputi semua Kawasan-Kawasan, Cawangan-Cawangan, Dewan-Dewan, Ahli-ahli PAS dan orang awam.

Kutipan Dana Tabung ini bolehlah disalurkan terus ke akaun: PARTI ISLAM SEMALAYSIA (KHIDMAT MALAYSIA) (Akaun Maybank: 5642 9431 0529) (letakkan ‘Reference’: Tabung COVID PAS PUSAT). Manakala pengesahan maklumat sumbangan bolehlah dihantar melalui whatsapp di talian hotline KHIDMAT MALAYSIA: 011-1540 6625.

Majlis Pelancaran TABUNG BENCANA COVID-19 PAS PUSAT ini akan disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Timbalan Presiden PAS secara maya pada 01 Jun 2021 jam 9.15 malam.

PAS menyeru semua pihak, sama ada individu, perbadanan awam dan syarikat-syarikat swasta tampil memberikan sumbangan yang akan digunakan untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan di seluruh negara.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 31 Mei 2021