Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 352 kes baharu, 3 kematian

144
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 31 Mei : 352 kes jangkitan dan tiga kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 352 kes jangkitan baharu yang direkodkan itu sebanyak 345 kes adalah daripada kategori tempatan dan tujuh kes lagi daripada kes import.

JKNM turut melaporkan bahawa daripada keseluruhan kes baharu itu juga
259 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 21 kes di Daerah Jasin dan 72 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Jabatan itu juga berkata sebanyak 280 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 2324 kes masih dirawat dengan 67 kes adalah daripada kes ICU dan 11 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Kes kematian baharu

Sementara itu, tiga kes kematian baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 semenjak wabak ini mula dikesan di negeri ini telah berjumlah 68 orang.

Ketiga-tiga kes ini melibatkan warga emas yang berasal daripada Daerah Alor Alor Gajah di mana dua daripadanya ialah wanita, berusia 65 tahun, masing-masing daripada Mukim Kemuning dan Mukim Sungai Baru tengah sementara seorang lagi lelaki, berusia 66 tahun daripada Mukim Melaka Pindah.

Kes seluruh negara

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 6824 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2111 kes diikuti oleh Kelantan yang mencatatkan 695 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 67 kes kematian baharu direkodkan hari ini sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 572,357 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

MOHON SUMBANGAN RENOVASI SURAU AL KAUTHAR TANJUNG KLING

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .