Home Berita PAS Kedah

PAS Kuala Kedah santuni warga emas

153
SHARE

KUALA KEDAH – Beberapa orang warga emas disantuni dalam program Semarak Kasih Syawal DUN Anak Bukit di Kampung Padang Lalang dan Titi Gajah, semalam.

Dalam kunjungan itu, salah seorang penerima, Makcik Shadah, meluahkan keadaan rumah yang sudah usang sehingga menyebabkan tempat tinggalnya itu basah setiap kali hujan lebat.

Perkara berikut kemudiannya diambil maklum oleh Penyelaras DUN Anak Bukit, En. Rashidi dan akan membawa aduan ke pihak yang berwajib.