Home Berita PAS Kedah

58 pengerusi, setiausaha JPKK terima sumbangan duit raya Kerajaan Negeri Kedah

81
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Seramai 58 orang pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Kuala Nerang menerima sumbangan duit raya, baru-baru ini.

Sumbangan inisiatif Kerajaan Negeri itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohammad Yusoff Zakaria bersama  Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz.

Dalam majlis tersebut, YB Hji Munir turut menasihatkan orang ramai supaya amalan-amalan kebaikan yang dilakukan dalam bulan Ramadan seperti solat berjemaah, bersedekah dapat diteruskan si bulan-bulan lain.

Katanya, JPKK ialah satu tunjang kepada sesebuah Kerajaan Negeri dan memainkan peranan yang penting dalam urusan tadbir kerajaan negeri di peringkat kampung-kampung.

“Justeru itu pemberian duit raya ini sebagai tanda ingatan daripada kerajaan negeri Kedah kepada para JPKK,” ujarnya lagi.

Turut hadir bersama ialah setiausaha PAS Padang Terap Rosli Jaaffar dan Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kuala Nerang (PKWR).