Home Berita PAS Kedah

PAS Kuala Kedah catat pertambahan 570 ahli baru dalam tempoh 9 hari berkempen

50
SHARE

KOTA SARANG SEMUT – Bersempena kempen PAS pilihanku yang telah dilancarkan beberapa hari yang lalu Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Tuan Rashidi Abd Razak telah hadir ke Kompleks PAS Kedah bagi menyerahkan sebanyak  570 borang permohonan keahlian baru PAS, pagi tadi.

Beliau telah menyerahkan kesemua borang keahlian tersebut kepada Penolong Setiausaha PAS Negeri Kedah, Ust Rosli Azmi.

Tuan Rashidi turut senada dengan pimpinan Perhubungan PAS KEDAH bagi menjayakan misi kempen PAS pilihanku.

“Kami di pihak PAS Kawasan Kuala Kedah menyahut seruan PAS pilihanku. Kita telah mengarahkan semua anggota keahlian di peringkat cawangan supaya menambahkan kekuatan di kubu masing-masing.

“InshaAllah, PAS Kawasan Kuala Kedah sentiasa komited menjayakan misi ini. Ini juga adalah sebuah petanda positif yang mana rakyat di Kuala Kedah telah terbuka hati menerima PAS sepenuhnya, tanpa mengira had umur.,” kata Tuan Rashidi.

Beliau turut berpandangan bahawa PAS Kawasan Kuala Kedah sentiasa bersiap-sedia menghadapi sebarang situasi. Kesemua jentera di peringkat cawangan telah diarahkan bersiap-siaga di medan perjuangan masing-masing.