Home Berita PAS Sabah

Kejohanan sukan cungkil bakat terpendam pelajar PASTI

111
SHARE

Oleh : Aizal Samsaruddin
27 Jun 2022

SANDAKAN: Sambutan meriah kejohanan sukan bola sepak dan bola jaring PASTI Sandakan telah diadakan di Sandakan Futsal, batu 4 dekat sini kelmarin.

Kejohanan yang melibatkan 16 buah PASTI di seluruh Sandakan itu merupakan perlawanan tahunan bagi mencungkil bakat terpendam pelajar dalam acara tersebut.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu, ketika berucap merasmikan kejohanan menyatakan, penganjuran sukan ini juga dapat mengekang pelajar agar tidak terlibat dengan budaya permainan video yang melalaikan.

“Terima kasih kepada ibu bapa kerana telah memberi galakan kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam kejohanan ini,” jelas Norsah yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi.

PASTI Zaid Al Biruni telah dinobatkan sebagai johan manakala PASTI Ammar Bin Yasir dan PASTI Ubay Bin Ka’ab masing-masing menduduki tempat naib johan dan ketiga dalam sukan bola sepak.

Selain itu, dalam sukan bola jaring pula johan telah disandang oleh PASTI Ubay Bin Kaab manakala PASTI Saidina Uthman dan PASTI Solahuddin Al-Ayubi masing-masing menduduki tempat naib johan dan tempat ketiga.

Anugerah pemain terbaik dalam sukan bola sepak dan bola jaring telah dimenangi oleh adik Aaroonz Mohd Nazir dan Amni Dhabitah Waki Anwaf, kedua-duanya dari PASTI Zaid Bin Harithah.