Home Berita PAS Kedah

Calon SPM 2021 terima sumbangan dari Parlimen Pendang

63
SHARE

PENDANG – Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Hj Awang Hashim dan Ketua Pemuda PAS Pendang, Tuan Saiful Syazwan Shafie telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar lepasan SPM di sekitar kawasan Pendang yang memperoleh keputusan 8A, 9A, 10A dan 11A.

Sumbangan tersebut telah diserahkan pada Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM 2021 yang dianjurkan di Dewan Seminar Cenderawasih, Pendang, semalam.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi suntikan semangat kepada adik-adik lepasan SPM untuk terus melakar kejayaan selepas ini.

“Bagi yang mendapat 7A kebawah usah bersedih, InsyaAllah pihak PKWR akan membantu menyediakan program Jom Masuk Universiti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Teruslah belajar sehingga ke peringkat PHD, kejarlah ilmu kerana ilmu itu luas seperti luasnya lautan yang biru,” ujar Tuan Saiful Syazwan Shafie ketika berucap di majlis tersebut.

YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman yang merupakan ADUN Tokai juga hadir bagi memberi sokongan dan memeriahkan lagi majlis yang berlangsung sehingga jam 3 petang.