Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Konsisten Kerajaan Tanpa DAP

3480
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PAS Konsisten Bentuk Kerajaan Tanpa DAP

Berdasarkan perkembangan terkini politik semasa, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tenang dalam mengambil sebarang tindakan berdasarkan lunas dan saluran yang dibenarkan oleh perundangan.

Penglibatan PAS adalah demi untuk menyelamatkan negara disebabkan keadaan yang tidak stabil akibat tekanan sesetengah pihak terhadap Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya menyerahkan kuasa secepat mungkin.

PAS menegaskan sekali lagi tetap menyokong Tun Dr Mahathir terus menerajui negara sehingga PRU 15 sebagaimana mandat yang diberikan oleh rakyat.

Namun PAS tegas sekiranya berlaku pembentukan kerajaan baru, ia mesti dibuat tanpa penglibatan DAP yang merupakan ancaman kepada keharmonian dan kestabilan negara.

Ini berikutan tindakan-tindakan ekstrem DAP yang cukup jelas sepanjang pemerintahan PH menggugat keharmonian, kestabilan politik malah cuba bermain api perkauman serta amalan yang bercanggah dengan perlembagaan.

PAS berharap rakyat bertenang dengan situasi yang berlaku. PAS juga memberi sepenuh kepercayaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyelesaikan perkara ini dengan bijaksana.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
25 Februari 2020 | 1 Rejab 1441