Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Bantu Mangsa Kebakaran Madrasah ADRA

939
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
25 Februari 2020

KALABAKAN : Dewan Muslimat PAS Kalabakan (DMPKK) telah menyerahkan sumbangan kepada Madrasah Ad-Dinniah Ar-Rahmaniah (Madrasah ADRA), Kampung Sungai Imam, dekat sini sabtu lepas ekoran musibah yang menimpa madrasah tersebut baru-baru ini.

Hadir menyerahkan sumbangan ialah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Salamiah Mohd Nor serta Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKK, Irma Ahmad.

Antara sumbangan yang diberikan ialah telekung, sejadah dan wang tunai yang merupakan hasil sumbangan orang ramai.

Ustazah Salamiah yang juga merupakan Ketua Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DMPM telah bertemu warden dan isteri pemilik madrasah sebagai tanda simpati atas musibah yang berlaku ke atas madrasah ini dan berharap pihak pengurusan madrasah bersabar dengan ujian ini.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DMPM, Ustazah Nor Hasdillah Mohd Hasim, Naib Ketua DMPKK, Ustazah Masyuri Sampe, Ketua Nusaibah DMPKK, Ramlah Muhammad dan Timbalan Setiausaha DMPKK, Nurul Hazimah Lanus.

Dalam kejadian 14 Februari lalu, asrama perempuan Madrasah ADRA telah hangus terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas dari dalam asrama sekitar jam 7.00 malam sewaktu semua pelajar solat maghrib berjemaah di surau.