Home Berita PAS Pusat

Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Rizuan Abd Hamid

698
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO yang meninggal dunia semalam, 20 Mei 2021.

Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong telah disahkan dijangkiti COVID-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM.

Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang besar buat arena politik tanah air khususnya UMNO. Didoakan semoga Allahyarham diberi keampunan dan rahmat serta ditempatkan bersama orang yang soleh.

PAS turut mendoakan semoga Tan Sri Madinah Mohamad, isteri Allahyarham yang kini menerima rawatan di ICU akibat jangkitan COVID-19 juga turut dikurniakan kesembuhan.