Home Artikel PAS Melaka

PAS komited program kebajikan rakyat

192
SHARE

Oleh : HANIFF ABD RAHIM

JASIN : Program Back To School 2020 kawasan Jasin berlangsung meriah di sebuah pusat beli belah terbesar MYDIN Wholesale Hypermarket, Jasin, baru-baru ini.

Program ini diadakan setiap tahun bagi membantu golongan yang kurang mampu, khususnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak untuk membeli peralatan sekolah dan persediaan mereka pada sesi tahun hadapan.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukanlah sebuah parti yang mengamalkan politik semata-mata. Tetapi, adalah parti komited dan kehadapan dalam program-program kebajikan bersama rakyat.

“Terdahulu saya merakamkan, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian bagi memberikan sumbangan kepada PAS seterusnya melancarkan perjalanan program ini sampai kepada golongan sasar,”katanya.

“Alhamdulillah, lebih 55 orang pelajar yang mendapatkan manfaat daripada program ini hasil kutipan sumbangan dari orang ramai,” ujar beliau lagi.

Hadir sama, Timbalan Yang Di Pertua PAS Jasin, Suhaimi Harun, Pengarah Program Shopiah Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Jasin, Zakariya Kasnin.