Home Berita PAS Melaka

Program ‘Jom Ke Sekolah’ mampu memberikan senyuman

625
SHARE

Oleh : ABU ANAS

JASIN : Program ‘Jom Ke Sekolah’ anjuran Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan PAS Kawasan Jasin yang diadakan baru-baru ini telah meringankan sedikit beban ditanggung penerima bantuan dalam penyediaan persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Rata-rata penerima sumbangan melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diterima.

Ridzwan Razuan dari Sungai Rambai bapa kepada 6 orang anak yang masih bersekolah, bekerja sebagai penjaja kecil air minuman dan buah-buahan bersyukur menerima bantuan untuk 2 orang anaknya.

“Alhamdulillah dapat bantuan untuk 2 orang anak, syukur dapat beli beli baju, tudung, kain dan stokin untuk kelengkapan sekolah, terima kasih.”katanya

Begitu juga Razali Kasmin dari Chabau mengharapkan program sebegini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya supaya dapat membantu golongan yang sangat memerlukan.

”Sangat membantu,kena teruskan kita duduk kampung kerja kurang, bagi saya RM100.00 sangat memadai, syukur sangat,” ujar beliau.

Sementara itu bagi ibu tunggal Rosliza Osman yang memiliki pasangan anak kembar bantuan RM100.00 seorang untuk membeli pakaian sekolah anak-anaknya adalah sangat besar nilainya.

Beliau berkata ”Dia orang ni kembar anak yatim serentak nak naik sekolah, jadi belanja tu besar nak beli buku-buku, dapat beli pakaian sekolah ini memang meringankan beban saya, sekurang-kurangnya dapatlah juga pakai pakaian baru”

“RM100.00 sangat besar bagi kakak,alhamdulillah,” tambah beliau.

Manakala Sarinah Shaari melahirkan rasa terkejut harga pakaian sekolah yang agak mahal berbanding tahun sebelumnya.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya juga terima bantuan ini, sangat membantu alhamdulillah terima kasih banyak-banyak…walaupun tadi terkejut sangat baju kurung sahaja sudah Rm31.90, kain RM17.00…beli kasut dan stokin…satu beg plastik saja dah cukup seratus…macam mana pun program ini sangat membantu…terima kasih.”

Menurut koordinnator program Shopiah Ahmad, PAS Kawasan Jasin pada tahun ini dapat menyediakan peruntukan bantuan untuk 55 orang pelajar yang kurang berkemampuan sekitar Jasin.

Program ini mendapat kerjasama Majlis Tindakan Dun (MTD) Kawasan Jasin selain tajaan perseorangan.