Home Artikel PAS Johor

Program Back To School PAS Muar Bantu Keluarga Kurang Mampu

264
SHARE

Program Back To School PAS Muar Bantu Keluarga Kurang Mampu

MUAR : Seramai 100 orang anak-anak daripada keluarga yang kurang mampu telah menerima sumbangan dalam program Back To School di sini, kelmarin.

Program tahunan anjuran Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Muar telah diadakan di Pasti Hadi, Parit Tarom. Penerima sumbangan adalah dari Dun Maharani dan Sungai Balang.

Menurut pengarah program, Syukor Naam, sumbangan berupa wang tunai, beg sekolah, alat tulis dan kalendar. Turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah Rm1,000 ialah wakil daripada Madrasah Tahfiz Al Quran Soffiyah dan Madrasah Tahfizul Quran Silaturahim.

Program telah dirasmikan oleh Adun Bukit Pasir YB Kapten (B) Najib Lep. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang begitu prihatin untuk membantu golongan kurang mampu di saat krisis ekonomi kini dan situasi kos kehidupan yang semakin tinggi.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Abd Aziz Talib, Timbalan Yang Dipertua Cheman Yusoh, Naib Yang Dipertua Dr Mohamad Taslim dan Ketua Pemuda Ustaz Ridzuan Nazri.

Di samping itu diadakan juga majlis pelancaran Tabung Sejahtera PAS Muar dan agihan pakaian percuma sebanyak 600 helai serta buah limau sunkist percuma.