Home Berita PAS Wilayah

Jabatan Amal bantu bersih rumah mangsa banjir

167
SHARE

Oleh: Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 19 DISEMBER: Seramai 80 anggota Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan telah diketahkan ke Kampung Pasir, Lembah Pantai dalam operasi ops cuci, susulan hujan lebat yang menyebabkan banjir di kawasan itu.

Pengarah JAM Wilayah Persekutuan, Ustaz Hanif Syakir berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Operasi Bantuan Bencana Banjir JAM yang telah dilancarkan di seluruh Wilayah Persekutuan, semalam.

“Kejadian banjir yang berlaku tanpa diduga adalah ujian daripada Allah S.W.T kepada mereka yang terlibat dan pastinya ada hikmah di sebaliknya.

“Kita berharap mereka sabar menghadapinya dan mudah-mudahan kehadiran kita hari ini dapat meredakan sedikit bebanan yang ditanggung, ketika ini,” ujarnya.

Tambahnya, jabatan amal adalah satu jentera yang selalu bersedia untuk membantu penduduk yang terjejas tanpa mengira masa dan suasana.

Turut bersama adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Farkhan dan staff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.