Home Artikel PAS Melaka

PAS Kawasan Tangga Batu lancar Tabung Pembangunan SRITI Al Fattah

322
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 10 Ogos : PAS Kawasan Tangga Batu telah melancarkan kutipan sumbangan bagi pembangunan SRITI Al Fattah pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Tangga Batu yang berlangsung Dewan Darul Ta’alim Sungai Udang di sini malam tadi.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka, Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail yang juga merupakan perasmi kepada MAT PAS Kawasan Tangga Batu.

Menurut pengurus SRITI Al Fattah, Rafie Ahmad, pelancaran kutipan sumbangan ini adalah bertujuan untuk mencari dana bagi membangunkan satu kompleks pendidikan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam kawasan Parlimen Tangga Batu dan mampu bersaing dengan sekolah kebangsaan yang sedia ada.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan juga sedang dalam usaha membeli sebidang tanah bagi merealisasikan pembangunan kompleks tersebut.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)